Tuesday, July 27, 2010

5 JARI

Pernahkah kita perhatikan jari kita, bila kelima-lima jari itu dirapat dan diluruskan akan terlihat pelbagai bentuk dan ketinggian jari tersebut. Cuba renungkan dengan mendalam.

Apakah pengertian yang tersirat? Sebenarnya jika direnungkan ia melambangkan kewajipan solat lima waktu. Pernahkah anda terfikir seperti itu? Memikul tanggungjawab sebagai khalifah dibumi ini, solat lima waktu tidak patut ditinggalkan, jika ditinggalkan maka pincanglah kehidupan. Andai satu waktu solat ditinggalkan ibarat satu jari tiada. Bagaimana jika satu jari tiada?

Mari kita renungkan disebalik kelima-lima jari ini. Bermula dengan jari kelingking dan diakhiri dengan jari ibu.

Jari Kelingking

Jari yang kecil dan kerdil membayangkan kehidupan setiap insan yang bermula dari kecil, membesar dan terus membesar sehingga ke tua. Itulah fitrah manusia, bermula dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besarnya. Jari ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak. Masa inilah kanak-kanak perlu dididik dengan sempurna jika tidak ia akan membawa kesan yang besar dimasa hadapan.

Jari Manis

Alam remaja yang penuh manis dan fantasi ini melambangkan jari manis semua orang.Setiap kita akan melalui alam remaja, waktu ini pelbagai dugaan dan cabaran pelu dihadapi dengan iman dan takwa segalanya pasti dapat diatasi. Frasa ini juga kita sudah dipertanggungjawabkan segala amalan dihadapan ''Rabbul Jalil" kelak.

Jari Hantu

Seterusnya naik ke jari yang paling tinggi iaitu jari hantu. Di waktu ini alam remaja mula ditinggalkan, alam dewasa mengambil tempat. Usia 20-an ditinggalkan muncul pula usia 30-an. Di peringkat ini, kebiasaannya setiap orang sudah mula mempunyai kehidupan yang lebih stabil dengan kerjaya yang teguh, ekonomi yang mantap, mempunyai personaliti yang tersendiri dan keluarga yang bahagia.

Namun diperingkat ini kita perlu berhati-hati kerana diwaktu ini juga banyak "pengacau", "pendengki" dan sebagainya. Gagal mengawalnya akan membawa kesan yang buruk kepada peningkatan diri. Ilmu dan amal perlu dipertingkatkan.

Jari Telunjuk

Jari ini pula mengungkap keEsaan Allah s.w.t didalam solat. Ketika semua jari digenggam kecuali jari ni dikeluarkan, ini sekaligus menunjukkan betapa gagahnya jari ini sebagai penunjuk arahan menjadi contoh dan tauladan. Di peringkat ini, seharusnya manusia tampil sebagai role model kepada generasi baru, pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Ibu Jari

Dikenali juga sebagai ibu jari. Bila dilihat ibu jari, ia kelihatan pendek dan besar menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan menafsirkan pelbagai perkara.

Jari ini mengingatkan kita bahawa, orang yang muda perlu merujuk setiap perkara kepada orang yang tua dan berpengalaman. Mendengar nasihat mereka dan timbang tarakan pendapat mereka, jika ia benar dan selaras dengan asas keimanan, patuhilah mereka.

Akhirnya jari ini juga mengingatkan kita akan semakin hampirnya kita bertemu pencipta kita, Allah. Putaran kehidupan yang perlu dilalui oleh semua orang.

Marilah kita renung-renungkan kembali kelima-lima jari kita sedalam-dalamnya.


Anda orang yang ada sikap negatif apabila Anda…
• suka memaki-maki
• memandang keburukan seseorang lebih dari kebaikannya
• cepat bersangka buruk
• belum pun sesuatu perkara bermula, Anda sudah menjangkakan kegagalan
• memandang rendah
• hanya mahu di hormati tapi tak mahu menghormati
• panas baran, cepat naik marah
• suka berbohong dan mengada-adakan cerita
• cepat merasa sakit hati, suka cakap main lepas
• sukar meminta maaf, susah memberi maaf, ego tinggi
• suka bercakap perihal orang lain, terutama keburukan

Jika anda merasa anda ada salah satu daripada 11 sikap negatif di atas, itu petanda bahawa anda adalah orang bersikap negatif.

No comments:

Post a Comment