Sunday, December 25, 2011

kembali aktif!!!


sudah lama rasanya x aktifkn blog ni..insyaAllah lepas ni akn aktifkan kembali sementara x byk kijekan..:)

Tuesday, May 24, 2011

Jangan Mencari Terlalu Sempurna.....Sempurnahkah kita????????


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mula MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya..Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin merasa kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL....

Thursday, April 21, 2011

Edisi Istimewa;Aku Terima Nikahnya



aku br jer bli buku ni..rupenye buku edisi istimewa ni dh cetakan kedua...pada mulanya aku ingt buku ni utk org yg dh kawen jer..so mlsla nk tgk lbh2 kan..first tink yg aku blh tertarik coz mula2 aku tgk rmai sgt remaja yg baca buku ni, kt ats bas, dalam bas n lain2...terpikir gak aku..menarik sgt ker buku ni?so..kbtln aku lalu kt sebuah kdai buku..siap pamer bsr2 tntg buku ni..aku pun ape lagi..grab jerla, rs cam best jerkan..kbtln ngah cuti sem,jd adela ms utk layan buku ni...skrg aku br bc 4 sub,.ternyata buku ni mmg sgt2 best...muka srt 1st pon dh terkesan kt jiwa hehe...bak kata Fedtri Yahya mengenai buku ni "ringkas tapi mantap, pedas tapi jujur, panas tapi ikhlas dan berapi tapi beralas." ia bukan shj mengenai cinta dlm perkahwinan tetapi juga sesama manusia dan yang penting SERUNGKAI CINTA KEPADA ALLAH...InsyaAllah lps ni aku akn kongsikan bait2 yg memberi ksn kepada ku dan mgkin jgk kpd pembc2 lain..

Wednesday, April 13, 2011

Lega Sebahagian......

lega rsnya diri ini....tepat jam 10.15pg pmbntgn disertasiku bab 1 hingga 3 akhirnya selesai jgk...pada mulanya terasa risau jgk..al maklumlah nk bntg dpn 4 org lcterr n semua warga ISDEV...tkt x dpt kawal n xdpt jwb soalan2 dr diorg..tp sib baikla soalan yg diberikan 2 xla byk n xla berunsur negatif, just utk sedikit pnmbhn idea skdr berkongsi ilmu....alhamdulillhah,smua tips yg diberikan akn dijadikan kayu ukur utk pembaikian slps ini..tp aku kn igt ni br lega sebahagian, mayb 20% je kot..byk lg yg menanti....n yg plng terdekat EXAM!!!fuh..byk lg yg kn study ni..smg aku dpt buat yg terbaik nnt...InsyaAllah.

Monday, April 11, 2011

check HATI



Setiap manusia mempunyai perasaan. Perasaan adalah perkara yang tidak boleh dilihat tapi cuma boleh dirasai melalui jiwa, hati dan minda. Sentiasalah semak perasaan kita. Sentiasalah betulkan perasaan kita.Perasaan yang terdidik akan menghasilkan akhlak yang baik.

Saturday, April 9, 2011

Nasihat aku....

dialog :aku n kwnku
tempat: PJK
masa: 3.10ptg
tarikh: 9/4

k: dayah, kalau ko pilih lelaki yg mcm mn?berpelajaran?kerja tetap?hensem?klu setakat spm jer?
A: kalau aku senang jer, pilih yang selesa bersama
k: ek?aku ade 3 calon yg nk tunang ngan aku, tp xtau nk pilih yg mn
A: rmainya, bgs2...ikutla..keselesaan lbh penting dr kesempurnaan..x semestinya berpelajaran 2 ok,leh bg kebahagiaan...ko lbh selesa ngan yg mn sa2?
K: smua aku selesa..
A: ssh jgk ek nk bt kptsn, sng cta kwn dulu ngan smua..kta tgk sp yg leh sbr n sggp tgg....
K: btol gak 2
A: yola..mn tau mula2 jer nmpk ok..dh lm2 tunjuk prangai ckit2 hehehe...
k: btol2...ko dh ade bf ke?bl nk kawen?
A: xpikir g...aku pulak yg disoal blk huhuhu.....

Moral of this dialogue,
pertama, rs2 dh selesa ngan seseorg 2, teruskan jerla berkawan..mn tau dia jodoh ktakn..jgn memilih sgt..(pesanan ni utk diri aku jgk hehe coz rmai kwn2 ckp aku ni memilih sgt...memandai jer diorg ni...huh..),
kedua, time umor dh nk meningkat naik ni, kn sntiasa la sdiakan jwpn kepada pertanyaan bl nk tunang?bl nk kawen?hehehe...jwpn aku stakat ni...blaja pon lom abs g, harta pon x kumpul g n calon pon xde g..cmne nk kawen hahaha...

Renung2kan....selamat beramal :)

~Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa~